Tanggal 5 September merupakan hari berlangsungnya aktiviti lawatan sambil belajar ahli2 kelab MSAE ke MARDI di Serdang Selangor. Lawatan yang telah disertai oleh pelajar tahun 2 dan tahun 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peluang2 dan idea kepada peserta mengenai kemudahan terdapat di MARDI untuk di aplikasikan dan digunakan sebaiknya untuk projek tahun akhir mereka. Sepanjang lawatan ini berlangsung, pelbagai input dan pengalaman baru telah diperoleh oleh semua peserta. Program lawatan ini dimulakan dengan penerangan dari pegawai dari pihak mardi. Pegawai tersebut telah memberikan serba sedikit mengenai perkhidmatan dan penyelidikan yang telah mereka jalankan serta pencapaian yang diperoleh sepanjang penubuhan mardi. Penerangan ini telah diselitkan dengan sesi soal jawab dari pelajar tahun 2 dan 4. Pelajar tahun 4 dari bachelor kejuruteraan pertanian dan biosistem ini telah mengambil kesempatan dan peluang untuk bertanyakan kepada pegawai dari pihak mardi berhubung projek tahun akhir mereka. Selepas mendengar taklimat dari pegawai itu, pelajar diberi peluang melihat galeri mardi. Di situ pelbagai projek dan alat2 baru yang dihasilkan dari penyelidikan pihak mardi dipamerkan kepada para peserta. Peserta dapat menggunakan projek dari hasil ciptaan pihak mardi untuk diaplikasikan untuk projek tahun akhir mereka. Para peserta juga telah mengambil peluang ini untuk bergambar dengan sampel2 projek tersebut. Program yang memberi input berguna kepada ahli kelab MSAE ini berakhir dengan sesi bersalaman bersama pegawai mardi. Input berguna yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan oleh peserta pada masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment