E-Challenge(07/09/08)

Ahad lepas 07/09/08 berbekalkan 4 orang ahli MSAE iaitu:

Saudara Abdul Rahman b Mohamad Nazri
Saudara Abu Bakar bin Abdul Razak
Saudara Muhammad Khairul Azmi b Abu Johan
Saudara Muhammad Zulhilmi b Haris

Telah mengikuti e-challenge yang dianjurkan oleh PEMAJU sekitar fakulti kejuruteraan UPM. Pada awal pagi kami menghadirikan diri tapi di saat-saat akhir beberapa ahli MSAE yang lain terdiri daripada tahun 1 dan tahun 2 tidak dapat hadir pada hari kejadian kerana tewas di katil masing-masing.Dengan semangat dan keazaman yang tinggi kami turut serta dalam e-challenge walaupun terpaksa sekumpulan dengan pelajar mechy tahun 1.Acara berlangsung dengan jayanya pada sebelah pagi dengan menyediakan flag kumpulan masing-masing dan cheers(sorakan) mewakili kump yang bertemakan
e-challenge.Eksplorasi diawali dengan menyahkodkan satu petikan yang terdiri dari simbol-simbol ganjil untuk mencari destinasi /checkpoint yang seterusnya.Stesen pertama yang dituju adalah di foyer kakitangan/staf-staf UPM. Di sana dikehendaki memindahkan air yang berisi penuh dalam satu baldi dan perlu dipindahkan kepada dua baldi dengan menggunakan tali rafia dan cawan plastik.stesen kedua pula ahli kumpulan diwajibkan mengikat kaki dengan kain dan diarah untuk menempuh halangan yang disediakan di kafeteria fakulti.Sesudahnya aktiviti yang mengasyikan apabila ke stesen yang berikutnya yang mana ahli MSAE berpeluang berkayak di tasik fakulti kejuruteraan.Acara yang menghiburkan ini juga menunjukkan kepantasan ahli MSAE saudara Azmi dan Rahman yang mampu beulang-alik dari tempat mula ke garisan tamat paling pantas.Usai acara berkayak stesen berikut di ruang legar bilik seminar fakulti yang merupakan jalan perhubungan kolej kediaman dan fakulti yang mana aktiviti di sana memerlukan kerjasama setiap ahli dalam kumpulan untuk menjayakannya dengan membaling belon ke belakang ahli yang lain perlu menyambutnya.Aktiviti outdoor yang terakhir pula adalah menyampaikan mesej berdasarkan bunyi NA NE NI NO NU.
E-challenge berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang .Aktiviti di sebelah petang melibatkan team building(indoor) diadakan di DP2.Namun demikian apabila diberi rehat pada waktu tengah hari ahli MSAE terlajak tidur sampai ke petang menyebabkan disqualified untuk megikuti aktiviti di sebelah petang.(..)

Ihsan,
kotadamai999

0 comments:

 
Free Website templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates