Karnival Sukan MSAE-SC 2012
















Jualan Sempena Karnival Ilmu

Pada 21 dan 22 April 2012, MSAE-SC telah membuka booth jualan bersempena dengan Karnival Ilmu Kolej 12,UPM. Gerai ini diuruskan oleh beberapa orang ahli persatuan yang sudi membantu. Berdasarkan pada sambutan yang memberangsangkan pada jualan yang lepas,gerai ini dibuka untuk menjual murtabak cinta. Gerai dibuka dari pagi sampai malam.

Antara ahli persatuan yang menjaga gerai.
Murtabak cinta!!




Menu

Disebabkan kekurangan pelawat yang menghadiri karnival tersebut,maka hasil jualan agak kurang jika dibandingkan dengan yang lepas. Diharap jualan seperti ni akan dapat diteruskan lagi, di samping meningkatkan hasil jualan.


Booth Jualan Sempena Bazaar de Eleven

Pada 24 & 25 Mac 2012,persatuan MSAE-SC telah mengadakan booth jualan bersempena dengan Bazaar de Eleven yang bertempat di Kolej Sebelas,Universiti Putra Malaysia. Booth jualan tersebut dikendalikan oleh Nor Suhailizah bt Razali merangkap AJK Keusahawanan MSAE-SC. Beberapa ahli lain juga telah turut sama dalam menguruskan booth tersebut. Antara makanan yang dijual ialah nugget,sosej,french fries dan terdapat juga 'Murtabak Cinte' iaitu resepi istimewa yang diilhamkan oleh saudara Akmal.

Ahli-ahli yang membantu booth jualan tersebut.

Resepi istimewa..sekali cuba mesti nak lagi..

Semoga dengan aktiviti ini dapat memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar sekaligus dapat membantu menjana ekonomi MSAE-SC.

Malam Mesra MSAE-SC 2012



Pada 29 Mac 2012, MSAE-SC telah mengadakan Malam Mesra MSAE. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli persatuan MSAE. Program ni bermula pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Antara aktiviti yang diadakan ialah jamuan makan,cabutan bertuah dan beberapa games.

Senior-senior final year





Posing macho punye..
3rd year

2nd year



1st year


Diharap agar program ini akan dapat diadakan lagi di masa hadapan.
 
Free Website templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates