Universiti
Putra Malaysia adalah sebuah universiti yang telah dinobatkan sebagai salah
satu universiti penyelidikan di Malaysia. Universiti ini pada asalnya adalah
sebuah sekolah pertanian yang mengalami anjakan paradigma dan seterusnya
menjadi kolej pertanian sebelum dinaikkan taraf sebagai universiti pertanian.
Sejajar dengan perkembangan alaf ke-21, universiti pertanian telah sekali lagi
mengorak langkah setapak kehadapan dan sehingga sekarang ianya dikenali sebagai
Universiti Putra Malaysia
Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia-Bahagian Pelajar (MSAE-SC) telah ditubuhkan setelah
program Bachelor Kejuruteraan Pertanian Dan Biosistem (KBP) diperkenalkan di
UPM. MSAE-SC adalah sebuah persatuan jurutera-jurutera pertanian dimana ahlinya
terdiri daripada pelajar-pelajar KBP. Persatuan ini mempunyai seramai 200 orang
ahli termasuklah pengawai, pensyarah dan juga bekas ahli persatuan MSAE.
Universiti Putra Malaysia sememangnya sinonim dengan
bidang pertanian. Ini kerana, sejak awal penubuhannya, institusi ini telah
menyumbangkan banyak tenaga dan kepakaran bagi memajukan serta meningkatkan
daya pengeluaran negara terutamanya dari sektor pertanian. Sumbangan ini
sebenarnya bukan sahaja disumbangkan oleh para pensyarah atau cendiakawan UPM,
malah juga turut disumbangkan oleh mahasiswa-mahasiswi UPM. Mereka ini
menyumbangkan idea-idea baru yang bersifat inovatif dan seterusnya berjaya
menghasilkan produk-produk atau barangan yang kompetatif dan diiktiraf
diperingkat global.