E-Challenge(07/09/08)

Ahad lepas 07/09/08 berbekalkan 4 orang ahli MSAE iaitu:

Saudara Abdul Rahman b Mohamad Nazri
Saudara Abu Bakar bin Abdul Razak
Saudara Muhammad Khairul Azmi b Abu Johan
Saudara Muhammad Zulhilmi b Haris

Telah mengikuti e-challenge yang dianjurkan oleh PEMAJU sekitar fakulti kejuruteraan UPM. Pada awal pagi kami menghadirikan diri tapi di saat-saat akhir beberapa ahli MSAE yang lain terdiri daripada tahun 1 dan tahun 2 tidak dapat hadir pada hari kejadian kerana tewas di katil masing-masing.Dengan semangat dan keazaman yang tinggi kami turut serta dalam e-challenge walaupun terpaksa sekumpulan dengan pelajar mechy tahun 1.Acara berlangsung dengan jayanya pada sebelah pagi dengan menyediakan flag kumpulan masing-masing dan cheers(sorakan) mewakili kump yang bertemakan
e-challenge.Eksplorasi diawali dengan menyahkodkan satu petikan yang terdiri dari simbol-simbol ganjil untuk mencari destinasi /checkpoint yang seterusnya.Stesen pertama yang dituju adalah di foyer kakitangan/staf-staf UPM. Di sana dikehendaki memindahkan air yang berisi penuh dalam satu baldi dan perlu dipindahkan kepada dua baldi dengan menggunakan tali rafia dan cawan plastik.stesen kedua pula ahli kumpulan diwajibkan mengikat kaki dengan kain dan diarah untuk menempuh halangan yang disediakan di kafeteria fakulti.Sesudahnya aktiviti yang mengasyikan apabila ke stesen yang berikutnya yang mana ahli MSAE berpeluang berkayak di tasik fakulti kejuruteraan.Acara yang menghiburkan ini juga menunjukkan kepantasan ahli MSAE saudara Azmi dan Rahman yang mampu beulang-alik dari tempat mula ke garisan tamat paling pantas.Usai acara berkayak stesen berikut di ruang legar bilik seminar fakulti yang merupakan jalan perhubungan kolej kediaman dan fakulti yang mana aktiviti di sana memerlukan kerjasama setiap ahli dalam kumpulan untuk menjayakannya dengan membaling belon ke belakang ahli yang lain perlu menyambutnya.Aktiviti outdoor yang terakhir pula adalah menyampaikan mesej berdasarkan bunyi NA NE NI NO NU.
E-challenge berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang .Aktiviti di sebelah petang melibatkan team building(indoor) diadakan di DP2.Namun demikian apabila diberi rehat pada waktu tengah hari ahli MSAE terlajak tidur sampai ke petang menyebabkan disqualified untuk megikuti aktiviti di sebelah petang.(..)

Ihsan,
kotadamai999

Lawatan Ke Mardi (05/09/08)

Tanggal 5 September merupakan hari berlangsungnya aktiviti lawatan sambil belajar ahli2 kelab MSAE ke MARDI di Serdang Selangor. Lawatan yang telah disertai oleh pelajar tahun 2 dan tahun 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peluang2 dan idea kepada peserta mengenai kemudahan terdapat di MARDI untuk di aplikasikan dan digunakan sebaiknya untuk projek tahun akhir mereka. Sepanjang lawatan ini berlangsung, pelbagai input dan pengalaman baru telah diperoleh oleh semua peserta. Program lawatan ini dimulakan dengan penerangan dari pegawai dari pihak mardi. Pegawai tersebut telah memberikan serba sedikit mengenai perkhidmatan dan penyelidikan yang telah mereka jalankan serta pencapaian yang diperoleh sepanjang penubuhan mardi. Penerangan ini telah diselitkan dengan sesi soal jawab dari pelajar tahun 2 dan 4. Pelajar tahun 4 dari bachelor kejuruteraan pertanian dan biosistem ini telah mengambil kesempatan dan peluang untuk bertanyakan kepada pegawai dari pihak mardi berhubung projek tahun akhir mereka. Selepas mendengar taklimat dari pegawai itu, pelajar diberi peluang melihat galeri mardi. Di situ pelbagai projek dan alat2 baru yang dihasilkan dari penyelidikan pihak mardi dipamerkan kepada para peserta. Peserta dapat menggunakan projek dari hasil ciptaan pihak mardi untuk diaplikasikan untuk projek tahun akhir mereka. Para peserta juga telah mengambil peluang ini untuk bergambar dengan sampel2 projek tersebut. Program yang memberi input berguna kepada ahli kelab MSAE ini berakhir dengan sesi bersalaman bersama pegawai mardi. Input berguna yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan oleh peserta pada masa akan datang.

Kursus Pemantapan Kendiri (24/08/08)

kursus yg diadakan untuk memperkasakan ahli msae sc sesi 08/09
program dimulai dengan slot sikap pemimpin cemerlang yg disampaikan oleh prof Ir dr salih jaafar
berkisar tentang pengalaman prof berorganisasi baik di tanah air mahupun di luar negara
antara point2 yg dikongsi bersama:
1. pengalaman berharga prof menjadi peserta-ajk-s/u
2. pembacaan buku2 motivasi n ilimiah sprt karya anthony robbins n donna markova
slot berikut diambil presidem msae saudara fauzi md jusoh iaitu siapa aku yg memberi peluang kpd ahli meluahkan maslah yg terbuku di benak fikiran untuk didiskusi bersama.Di samping mengelas maslah yg dihadapi dalam kategori diri sendiri, penasihat, bhep,

slot terakhir diambil en taufik b mahmud yg mengulas tentang kemahiran membuat keputusan.
dlm membuat keputusan tedapat kemahiran yang perlu dikuasai sprt
• kemahiran penyoalan
• mendengar secara aktif
• kemahiran persepsi
• pemikiran kreatif
• pemikiran rasional
• pengurusan konflik
• analisis
sehubungan itu proses yg perlu diikuti sepanjang proses membuat keputusan pula adalah:
1. matlamat-perlu ada dgn jelas
2. bina kriteria-ciri2 yg diinginkan
3. sediakan alternatif-plan A,B,C
4. elak risiko yg besar
5. inovasi
6. keputusan secara bersama
 
Free Website templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates