Utusan Online - Semburan racun rumpai automatik dari Jabatan KBP

Oleh Dr. Ir. Wan Ishak Wan Ismail

Tidak boleh dinafikan, penggunaan bahan kimia dalam membasmikan rumpai dan serangga amat popular digunakan oleh petani dalam penjagaan tanaman.

Rumpai adalah tumbuhan yang hidup ditempat dan masa yang tidak dikehendaki oleh petani.

Ia merupakan tumbuhan yang bersaing dengan tanaman keperluan dari segi air, makanan, cahaya dan ruang, dan ini telah mengakibatkan kerugian hasil tanaman.

Kehadiran rumpai telah membantut dan mengurangkan kecekapan penggunaan jentera bagi operasi mekanisasi pertanian.

Kaedah menghalang rumpai dari tumbuh dan membiak telah dikaji dan dipraktikkan.


Dipraktikkan
Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga telah dikaji dan dipraktikkan. Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan cangkul, jentera penggembur, penggunaan tangan, membakar dan membanjir juga popular digunakan.

Bagaimana pun, kaedah penyemburan bahan kimia adalah yang paling popular dan paling ekonomik kerana ia dapat membasmi rumpai dan serangga secara pilihan(selective) dan tanpa pilihan (non selective).

Meracun rumpai dan serangga secara manual (penyembur bimbit knapsack) adalah lambat dan membebankan.

Meracun rumpai dan serangga dengan jentera secara rambang merugikan bahan kimia dan mencemarkan alam sekitar.

Sebuah sistem pintar penyemburan racun rumpai dan serangga automatik telah dibangunkan di Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penyemburan bahan kimia secara cepat, tepat dan berkesan.

Penggunaan sistem penyemburan ini dapat menjimatkan bahan kimia, mengurangkan tenaga pekerja, mengurangkan pencemaran pada alam sekitar dan mengurangkan terdedahnya pekerja terhadap racun bahan kimia. Maklumat lanjut klik Utusan Online-Jabatan KBP UPM


Best Regards;
-wanz-

0 comments:

 
Free Website templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates